Treasure the little things in life.



Friday, June 2, 2017

Sunway Putra Mall Embraces The Spirit of Nature This Raya

Sunway Putra Mall macam hutan rimba, penuh dengan bunga yang berwarna-warni diselubungi kehijauan.
Hari Raya sudah menjelang tiba,
Sunway Putra Mall meriah gila,
Majlis pelancarannya yang bertemakan PESONA RAYA di alam semula jadi,
Dengan tarian, muzik, fesyen dan Marsha Milan yang nampak berseri-seri!

Sunway Malls mengundang tetamu dan facebook fans untuk turut serta di majlis pelancaran kempen Hari Rayanya yang bertemakan Alam Semulajadi di hutan tropika yang menghijau.  Di tengah-tengah pusat beli-belah Sunway Putra Mall ini, air terjun yang tenang memikat hati pengunjung. Antara orang kuat dalam majlis pelancarannya semalam. 

CP sempat bergambar di perkarangan Sunway Putra Mall di antara bunga bunga yang cantik belaka.
Sunway Malls turut beramal dengan menjemput anak-anak dari Yayasan Chow Kit yang turut serta di majlis pelancarannya dan buka puasa bersama.








Antara penari-penari yang penuh berbakat, sudikan ambil CP jadi back up dancer kah?
Glamour giler pakaian mereka. CP tak nak lepaskan peluang untuk bergambar dengan mereka.
Bagi pengunjung Sunway Putra Mall yang berbelanja minima RM400 (RM300 bagi pengguna kad kredit HSBC) dalam 3 kepingan resit, mereka akan membawa pulang Tiffin Bunga ni. Ha! Cantik tak? 

Coraknya berbeza-beza. Mana yang anda suka?


Bagi penggemar Marsha Milan, CP sempat tangkap gambarnya dan bergambar bersama si dia yang peramah betul!  Marsha dilantik sebagai duta Sunway Putra Mall untuk Kempen Raya ini.
Maka terpaparlah wajah Marsha yang cantik jelita di sekeliling pusat beli-belah ni.
 Marsha Milan Londoh is the face of Sunway Putra Mall's Hari Raya Campaign this year.
Gambar CP Cheek2Cheek dengan penyanyi hebat ini. Bila nyanyi aje....semua orang terpesona dengan suaranya yang merdu. CP pun dah jatuh hati.

 This talented singer of AF3 fame rocks!



Selain persembahan hebat Marsha, tetamu turut dilayan mesra dengan muzik rancak dan tarian tradisional yang disertakan dengan sedikit sketsa. Menarik betul!

Model jelita mengayakan busana Raya
Sempat CP berbuka puasa dengan rakan blogger lain di majlis pelancaran.
Ini CP nak perkenalkan, Cik Wiida Ribbon (baju merah) dan Cik Ella yang berbaju hitam. 
Bagi CP, Cik Wiida nampak mirip Kak Nora Danish dan Cik Ella nampak mirip Sazzy Falak.

Di sini, CP ucapkan Selamat Hari Raya dan selamat berkunjung ke Sunway Putra Mall!
Ikutilah facebook Sunway Putra Mall untuk promosi yang menarik.

2 comments :