Majlis Pelancaran stesen radio KOOL FM

Taniah di atas pelancaran stesen terbaru dari Media Prima - KoolFM 

KoolFM bakal menemui pendengar setia radio dan akan beroperasi secara rasmi mulai 3 Mac 2016. Stesen radio Nasional ini boleh diikuti di sekitar Lembah Klang pada frekuensi 101.3FM dan 90.2 FM di Pulau Pinang.

KoolFM akan memainkan muzik malar segar dari era 1980-an, 1990-an dan lagu popular terkini tempatan dan antarabangsa. KoolFM menyasarkan pendengar Melayu berusia di antara 25 hingga 44 tahun. 

Meanwhile, you can listen it live here while waiting for it to be officially on air esok.

Dalam majlis pelancarannya semalam, Misha Omar dengan vokalnya yang mantap menyampaikan lagu Rolling In the Deep dan lagu nyanyian asalnya Bunga-Bunga Cinta menerima tepukan yang gemuruh dari semua yang hadir. Misha memang best!
Sempat saya bergambar dengan penyanyi pujaan saya. Misha friendly sangat! Bukan sahaja appeal kepada Melayu tapi orang Cina seperti saya yang turut gemarkan lagu Melayunya especially Pulangkan (my favourite).


Teruja juga saya sempat bergambar dengan Mimi Omar, Misha's sister.
Aksi Misha tengah ditemubual.

Persembahan Misha yang mantap dan penuh penghayatan di pentas.


Jamal Abdillah turut memberi persembahan yang "cool" kepada penonton dengan suaranya yang memukau.
Antara barisan penyampai radio KoolFM yang diperkenalkan kepada yang turut hadir di majlis pelancaran. Misha terkepit di tengah-tengah masa memperkenalkan mereka.

CP tengah berposing dengan poster lucky draw. #Nakmenang (tapi tak menang)


Turut hadir, CP terserempak dengan Dafi 

Dan kawan lama CP, Jefferson Teoh dari Mydin turut hadir.

Rakan Blogger Misz-Ella dan Miera

Artis penyanyi tempatan

CP dan Nicholas Ong dari Radio Cina Media Prima One FM

Sebelum pulang, CP nampak kereta cruisers parking kat luar. Cantik kan?

Jangan lupa tune in pagi esok mulai 3 Mac 2016 di saluran 101.3 FM untuk muzik hebat dari KoolFM

https://www.facebook.com/koolfm/
Instagram: @koolfmmy

Comments

Popular Posts